Allah mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul tak ada satu orang pun dari kalangan wanita, tapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam a.s yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita, begitu mulianya seorang wanita sehingga dari rahimnya Allah hadirkan kekasih-kekasih Allah yang membawa risalah demi mencapai kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
 “ Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan memasuki surga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilau”

Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :
 “ Sampaikanlah kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahwasanya : “Taat kepada suami dengan penuh kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah , tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mahu menjalankannya”

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari pada 70 orang wali, seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
  • Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat.
  • Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh iaitu 2 ½ tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Sungguh burung-burung di udara , ikan-ikan dan malaikat dilangit meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.
  • Siapa sahaja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha terhadap pemergiannya, maka dia akan masuk syurga.
  • Bila seorang suami pulang ke rumah dengan perasaan gelisah, dan isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.
  • Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana saja yang disukainya.
  • Bila seorang wanita hamil solat 2 rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.
  • Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan anaknya, Allah akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.
  • Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.
  • Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan anaknya, Allah akan memberikan pahala sebagaimana dia berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.
  • Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan anaknya, dia mendapatkan pahala syahid.
  • Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah tetapi memmujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun ibadah.
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat tetapi Allah datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya, iaitu memakai purdah di dunia secara istiqomah.

Begitu mudahnya seorang wanita mendapatkan keredhaan Allah dengan dia taat kepada suaminya, tentunya ketaatan disini ialah dalam batasan-batasan Agama , kerana apabila seorang suami sudah melanggar apa yang disyariatkan oleh agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi seorang wanita. Kerana tidak ada ketaatan kepada mahluk dalam menderhakai al-Khaliq.

Sebagaimana kisah Asiah isteri Fir’aun. Di tengah-tengah kaum yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, dia tetap berpegang teguh kepada Allah, walaupun untuk menjaga keimanan tersebut , dia harus menerima kematian ditangan suaminya sendiri, iaitu Fir’aun. 

Rasulullah saw bersabda bahawa wanita yang terbaik dan paling sempurna adalah Asiah isteri Fir’aun dan Maryam.

Syekh Ibrahim Ali mengatakan seorang wanita jika sudah dominan dalam kehidupan lelaki, maka dia akan menjadi buah hati dan ruhnya. Bahkan dia akan menjadi segenap badan dan perasaan lelaki. Semua tindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang lelaki, kerana dorongan wanita. Fikiran dan amal para wanita muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air, bersatu dengan tanah, tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya, tanpa memerlukan tenaga untuk mengangkutnya. Kebaikan yang akan merebak atau kejahatan. Semua tergantung kepada amalan para wanita.

Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis :
“Wahai puteriku, pintu kebaikan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum pemudalah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju”


Subhanallah.. Beruntungnya kita yang dilahirkan sebagai wanita. Semoga kita dapat menjadi salah seorang serikandi Islam, insyaAllah (",)




Share/Save/Bookmark