Di satu negeri terdapat seorang lelaki yang cacat penglihatan (buta). Beliau telah buta dari kecil hingga dewasa.. Dia tidak dapat menggunakan mata untuk melihat sesuatu kerana matanya buta..pada suatu hari ada seorang rakannya menyatakan bahawa terdapat OBJEK yang besar dan terapung di udara.

Lelaki buta itu terus tidak percaya bahawa ada OBJEK yang boleh terapung kerana beliau tidak pernah melihat objek yang terapung kerana telah buta daripada kecil lagi. Beliau berkata “bagaimana OBJEK yang besar boleh terapung sedangkan tongkat aku yang kecil masih tidak mampu terapung.” AKAL orang buta tersebut tidak dapat menerimanya kerana beliau belum melihat dengan matanya. Beliau juga tidak dapat menyentuh OBJEK tersebut. Pada suatu hari, lelaki buta tersebut dapat melihat OBJEK tersebut kerana matanya telah boleh melihat.

Lelaki buta itu merasa sangat berdebar-debar dan takut kerana beliau mendapati terdapat satu OBJEK besar terapung di udara. Beliau juga takut jika OBJEK tersebut akan jatuh ke bumi. Kerana tongkatnya yang digunakannya dahulu akan jatuh ke bumi dan tidak boleh terapung, apatah lagi apabila OBJEK besar yang berat seperti itu dapat terapung dalam tempoh yang lama.(objek tersebut adalah matahari). Jelaslah bahawa dengan adanya pengalaman barulah kita YAKIN perkara yang tidak boleh diterima oleh AKAL..Oleh itu kita juga perlu yakin dengan janji-janji Allah…yakin adanya kiamat,soal kubur,syurga,neraka dan lain-lain lagi perkara di luar Kemampuan AKAL kita..

Supaya kita tidak menyesal dengan kurnian yang akan diberikan Allah kepada hambaNya yang beriman dan bertaqwa..

Anggaplah kita seperti lelaki (pasti kita juga terkejut) apabila sesuatu yang tidak diterima oleh AKAL berlaku dihadapan mata kita. Pada suatu hari nanti mata kita dapat melihat kenikmatan syurga,azab neraka,siksa kubur dan lain-lain lagi yang dahulunya kita tidak mempercayainya. .jika sekarang kita telah mempercayainya, maka kita perlulah berusaha kerana 

JANJI-JANJI ALLAH DATANG DENGAN PERINTAH-PERINTAH ALLAH…

Inilah yang dikatakan iman, yakni percaya kepada perkara-perkara ghaib…

CUBA BAYANGKAN:
Kenapa angin tidak dapat dilihat dengan mata kita???
Kenapa berlakunya siang dan malam???
Kenapa semasa kita tidur,telinga kita sudah tidak dapat mendengar???
Kenapa adanya pelbagai jenis bangsa di muka bumi ini???
Kenapa mata kita dapat melihat pelbagai warna???
Kenapa manusia dapat berfikir sedangkan makhluk lain tidak dapat berfikir???

ADAKAH AKAL DAPAT MENJAWAB SEMUA SOALAN INI???
OLEH ITU KITA PERLU ADA IMAN, yakni percaya kepada perkara-perkara ghaib…

Bila sudah ada iman,marilah kita melakukan amal, kerana apabila kita meninggal dunia, kita hanya akan membawa iman dan amal…





FIRMAN ALLAH:


Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab (yang lengkap sempurna) dan Al-Quran yang memberi penjelasan. Ada masanya orang-orang yang kafir merasa ingin kalaulah mereka telah menjadi orang-orang Islam. Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan (daripada bertaubat dan insaf); kemudian mereka akan mengetahui kelak (bencana perbuatan mereka) 
(Surah Al-Hijr ayat 1 hingga 3 )




Makanlah dan bersenang-senanglah kamu (wahai orang-orang yang ingkar derhaka) sementara waktu hidup, (kemudian kamu akan menghadapi bahaya), kerana sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa. Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (amaran Allah), Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): “Taatlah dan kerjakanlah sembahyang”, mereka enggan mengerjakannya.Kecelakaan besar, pada hari itu, bagi orang-orang yang mendustakan (perintah-perintah Allah dan laranganNya)! (Kalau mereka tidak juga mahu beriman kepada keterangan-keterangan yang tersebut) maka kepada perkataan yang mana lagi, sesudah itu, mereka mahu beriman?
 (Surah Al-Mursalat ayat 45 hingga 50)

















Share/Save/Bookmark