Hari yang dinantikan Khairul dan Husna sudah tiba.Mereka kelihatan bagai pinang dibelah dua bila digandingkan bersama.Sesuai sekali.


Sabda Rasulullah SAW 
Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir.
 -riwayat Bukhari & Muslim-

Prang..!!! gelas yang ada di tangan Syafiq jatuh lalu pecah. Tersentak dengan apa yang dilihatnya. Suasana di situ menjadi sunyi seketika apabila bunyi gelas jelas didengar oleh para tetamu yang hadir. Namun kembali normal bila Syafiq meminta maaf atas kecuaiannya.

Hatinya bagai dirobek-robek.

“mengapa mesti Husna??? Mengapa??”, jerit hatinya. Syafiq meinggalkan majlis itu seketika untuk menenangkan hatinya yang bagaikan tidak percaya apa yang terjadi. Husna yang menjadi pilihan hatinya dahulu telah berkahwin dengan sahabat baiknya sendiri.

“Ummi,abi..Syafiq nak keluar jap..ada hal..”,Syafiq meminta diri. Sebak di dada tiada siapa yang tahu. Khairul dan Husna tidak sempat berjumpa Syafiq yang lantas meninggalkan majlis itu agar hatinya tidak terasa disiat-siat. Perasaan sedihnya ditenangkan melalui solat sunat di masjid berdekatan. Dia menyedari bahawa dia juga bakal mendirikan rumahtangga. Tidak sepatutnya dia mengungkit sejarah silamnya.Hatinya kembali tenang. Setelah itu,dia kembali ke majlis itu tanpa sebarang kesedihan dan berbekalkan ketabahan dihati, dia bersemuka dengan Khairul untuk mengucapkan tahniah atas perkahwinannya.

“Khai..Barakallah laka, wa barakallahu alaika wa jamaa bainakuma fi kulli khair..”, lantas Syafiq memeluk Khairul.

Syukran ya akhi..jom aku kenalkan isteri!”, ajak Khairul.

“ah..tak pe lah Khai..segan aku.. lagipon aku dah tengok dari jauh tadi tyme dia duk sebelah kau..”, Syafiq segera mencari alasan.

“ah..takpe lah..aku nak kenalkan sahabat baikku kat isteri aku...jom..!”, Khairul lantas menarik tangan Syafiq dan menuju ke arah Husna.

“Ya Allah peliharalah diri hambaMu ini..”, doa Syafiq dalam hati.

“Husna, ni sahabat baik abang tyme kat Mesir dulu..”, Khairul perkenalkan Syafiq kepada Husna. Husna tersentak dan amat-amat terkejut. Namun, Syafiq kelihatan selamba apabila diperkenalkan, pura-pura baru mengenali Husna di saat itu.

“maaf..nama ana Syafiq..kawan kepada Khairul..”, Syafiq lantas perkenalkan diri.
Husna masih lagi tergamam, tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Hanya mendiamkan diri dan menunduk disamping Khairul.

“Em..maaflah Syafiq..isteri aku ni pemalu orangnya....”, Khairul meredakan situasi.

“ermm..biasalah..orang baru kenal..”, balas Syafiq. Husna masih terdiam. Syafiq memandang Husna, dan seketika mata mereka bertembung, segera mereka mengalihkan pandangan masing-masing.

“astaghfirullah...”, bisik Syafiq dalam hati. Dia tahu bahawa itu panahan syaitan yang cuba menggodanya untuk berbuat perkara yang tidak sepatutnya dia lakukan. Dia sedar bahawa Husna sudah menjadi isteri sah Khairul. Tiada lagi ruang untuknya.Amat mustahil baginya.

“maafkan aku,Syafiq..”, getus Husna dalam hati.

Majlis perkahwinan Khairul dan Husna berjalan dengan lancar. Namun perasaan Husna gembira berbaur sedih. Gembira atas perkahwinannya ,sedih apabila bertemu Syafiq, orang yang masih dia berharap sebelum ni. Tapi,ditepiskan jua perasaannya yang dahulu, dan digantikan cinta suaminya. Cinta selepas kahwin lagi indah berbanding cintanya yang dahulu.

Setelah majlis itu selesai,mereka berdua menyiapkan diri untuk solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah. Khairul dipelawa ayahnya untuk menjadi imam. Khairul yang sudah terbiasa dengan peranannya menjadi imam,menerima dengan sukarela. Dahulu,waktu di Cairo, Khairul lah yang kerap kali menjadi imam dalam kalangan ahli baitnya.

Lunak suara Khairul menambah lagi cinta Husna kepadanya .Amat tenang ayat suci yang dilantunkan Khairul. Husna menghayati dengan penuh mendalam sekali.



Sabda Rasulullah SAW 
"Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.

Setelah Isyak,mereka berbual-bual seketika.Perbualan pengenalan diri. Walaupun tidak banyak mereka mengenali antara satu sama lain, namun hal itu tidak menjadi penghalang bagi mereka untuk membina cinta ,cinta selepas kahwin. Malah merapatkan lagi hubungan mereka sebagai pasangan sah suami isteri. 
Pintu bilik dikuak sedikit. Kelihatan Khairul sedang membaca buku ‘Aku Terima Nikahnya’ oleh Saiful Islam. Kusyuk sekali.

“ehem..ehem..Ya masuk pun abang tak sedar yer..ni airnya bang..kalau tak sedap, cakap kat Ya eh..nanti Ya buat yang baru..”, pelawa Husna lalu duduk di sebelah suaminya.

“erm..mana boleh tak perasan..dari jauh abang dapat detect isteri abang nak masuk.. hehe..nah..Ya minum dulu..mana tahu Ya saje nak letak ubat tidur kat abang.. hehe..”, gurau Khairul.

“Eh..mana ade lah! Ya buat teh biasa jer..”,Husna menyangkal.

“takpe,takpe..abang percaya..Ya minum dulu ye...”,Khairul mengalah. Husna tidak membantah akan perintah suaminya. Lalu Husna minum sedikit dan bakinya untuk Khairul. Khairul mencari bekas mulut isterinya, lalu diminum tempat yang sama. Ikut sunnah. Husna hanya tersenyum melihat suaminya.Dia tahu itu merupakan sunnah Rasulullah dan teringat akan hadis berkenaan hal itu.


Daripada Aisyah, beliau berkata, 
“Saya biasa minum daripada cawan yang sama ketika haid, lalu Nabi mengambil cawan itu dan meletakkan mulutnya di tempat saya meletakkan mulut saya. Lalu baginda minum, kemudian saya n meletakkan mulutnya pada tempat saya meletakkan mulut saya, lalu beliau pun menghirupnya”. 
-Hadis riwayat 'Abdurrazaq dan Sa'id bin Manshur-

Khairul amat bahagia duduk disamping Husna.Baginya Husna merupakan isteri yang terbaik untuk dirinya..Malam itu merupakan saat paling bahagia buat mereka berdua sebagai raja sehari. Dan mereka berharap agar hubungan mereka akan terus kekal. Sejarah silam Husna tetap kekal sbgai sejarah.. Husna bertekad utk mencintai suaminya sepenuh hati semata-mata kerana ALLAH kerna cinta itu dianugerahkan oleh ALLAH...



******************************

Selang beberapa hari kemudian, Syafiq dan keluarga datang merisik Khairunnisa’. Pertunangan dijalankan. Dipendekkan cerita, mereka berkahwin setahun selepas tempoh pertunangan itu. Syafiq dan Khairunnisa’ saling lengkap melengkapi dan amat bahagia.

Perasaan lahir dari sebuah pertemuan

Berputik rindu di hati yang amat mendalam

Mekar menyinar seluruh alam kehidupan
Segar sentiasa ia dalam ingatan


Cinta yang ku lafaz bukanlah cinta gurauan

Kasih yang ku damba bukanlah kasih igauan
Seikhlas hati kusemaikan benih kasih sayang
Moga kekal menyinar dalam keredhaan

Kau umpama
Mutiara di tengah lautan
Bak bidadari yang menghiasi hidupku 
Bersama kasih sayangmu

Hadirlah kasihmu sentiasa dalam hidupku
Mekar bersama ikatan penuh keikhlasan
Moga harumannya kan kekal bersama keimanan
Menyegari ruangan hati kesyahduan

Kudambakan padamu sebuah kasih dan sayang
Yang lahir dari hati yang penuh ketulusan
Doaku agar Tuhan memberkati cinta kita
Disinari kehidupan dengan rahmat-Nya

Isteriku,kaulah bidadariku 
Hadirlah bersamaku di setiap waktu
Ku janjikan setiaku hanya untukmu
Dan kasihku hanya padamu
Oh isteriku........

Nasyid ‘Bidadari hidupku’ oleh dehearty memecah suasana sepi di rumah mereka.

“Nisa suka lagu ni..tapi lebih suka kalau abang nyanyi sendiri untuk Nisa..boleh? hehe..”, soal Nisa.

“Erm..nanti abang pertimbangkan..macam tahu-tahu jer suara abang ni sedap..Nisa nak tahu,masa sekolah dulu-dulu,abang ni solo nasyid tau..! hehe..”, jelas Syafiq.

“eh..ye la tu..cuba nyanyi sikit,isteri tersayang abang nak dengar ni..”, Nisa tersenyum.

“oo..tak caya yer...ok,abang nyanyi..ehem..ehem...Perasaan lahir dari sebuah pertemuan..Berputik rindu di hati yang amat mendalam..Mekar menyinar seluruh alam kehidupan..dah la tu..sedap tak?”, nyanyi Syafiq dengan penuh perasaan.

“ok..hurm...boleh tahan..”, Nisa hanya mengangguk. Kagum dengan kebolehan suaminya yang boleh menyanyi.

Kehidupan mereka berdua amat bahagia. Cinta antara mereka berdua amat kuat sehingga mampu memadamkan perasaan Syafiq terhadap Husna, gadis yang pernah menjadi ratu di hatinya. Alhamdulillah, Khairunisa merupakan jodoh yg dikurniakan oleh ALLAH dlm istikharahnya adalah sebaik-baik wanita. Kemanisan cinta ditambah lagi bila cinta mereka dibawa menuju kecintaan lebih kepada Allah. Sesungguhnya benarlah janji ALLAH cinta yg terpelihara hanya semata-mata kerana-NYA adalah cinta yang sejati (",)








"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. 
- Surah Ar-Rum ;21 -









P/S : smOga kta yakin dgn jOdOh yg tlah ditetapkan oleh ALLAH di Loh Mahfuz.. Jika kta inginkn jOdOh yg sOleh/solehah, kta jga perlulah mnjadi seorang yg solehah/soleh,, Jdi yakinlah dgn janji ALLAH kerana andai kta tdak mndpat jOdoh di dunia kta psti mndpat jOdOh di akhirat, insyaALLAH (",)


Share/Save/Bookmark