Setelah 3 tahun berlalu..

Di bilik Madam Amina..

“Syafiq..you know,this is the last warning i give for you.. if you still fail in my subject, this university will reject you to Malaysia..so, please struggle for this sem..”, Madam Amina menasihati.

Semenjak dia memutuskan hubungannya dengan Husna,hidupnya seakan-akan tidak terurus. Nasib baik ahli baitnya, Khairul Anwar sudi menolongnya serba sedikit. Dia merupakan sahabat terbaik Syafiq sejak datang merantau di negara orang. Walaupun dia tahu Syafiq hilang semangat disebabkan perkara yang kecil itu, namun dia sedaya upaya memulihkan semangat Syafiq yang dahulunya amat-amat berkobar-kobar dalam pelajaran.


“Syafiq!” kedengaran namanya dipanggil dari jauh. Ternyata Khairul Anwar. Selain memiliki ilmu agama yang mantap ,Khairul juga memiliki wajah yang kacak, seakan-akan wajah Fahrin Ahmad. Walaupun begitu, Khairul tidak pernah menjalinkan hubungan dengan mana-mana perempuan.


“Kau kena panggil lagi? Hurm..sudah la tu Syafiq..berubah lah..kau tak kesiankan parents kau ker? Mesti mereka ingat anaknya dah berjaya.. tapi ternyata tidak.. semakin merosot..apa jadi kalau kau ditendang dari universiti ni? Mesti parents kau hampa dan kecewa dengan kau.Dulu kau jugak yang bagitau aku yang kau tu harapan keluarga kau..so,sekarang,mana buktinya...?”,panjang lebar Khairul menasihati kawannya itu.

Secara tidak sedar air mata Syafiq mengalir. Teringat ibubapanya di tanah air. Terbayang wajah gembira mereka tatkala melihatnya berjaya, namun dihantui perasaan takut. Takut jika dia dibuang university dan dihantar pulang ke tanah air. Akan menjadi sia-sia 3 tahunnya di Mesir. Dia tahu bahawa ibubapanya selalu mengambil berat tentang pelajarannya. Namun,dia selalu berbohong bahawa dia sentiasa mendapat keputusan mumtaz agar mereka bahagia.

“Syukran Khai.. kau dah banyak tolong aku.. tapi aku selalu tak endahkan apa yang kau katakan.. InsyaAllah,kalau boleh,kau bantu aku ‘bangun semula’.. aku nak jadi Syafiq yang baru.. Syafiq yang selalu bersemangat dalam hidup..”, pinta Syafiq dengan linangan air mata. Dia mula menyedari kesilapannya berpunca dari kecintaannya yang tidak bertempat. Kecintaan yang lebih daripada yang berhak.

“InsyaAllah,akanku bantu kau..dah..dah..jom la kita balik..”,Khairul menenangkannya. Walaupun Khairul tidak mengetahui siapakah gadis yang digilai Syafiq, namun dia tidak pula bertanya. Tidak berminat. Walau siapa pun gadis itu,dia hormat pendiriannya untuk memutuskan hubungannya dengan Syafiq. Kerana itulah jalan terbaik bagi mereka.



" Jika mereka sibuk mencari cinta dunia, biarlah kita sibuk menjaga iman. Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan. Jika mereka menangis kerana kecewa bercinta, biarlah kita menangis kerana mengenangkan dosa.  Jika mereka cinta akan manusia, biar kita cinta akan 
DIA YANG MAHA PENCIPTA"


******************************

Di rumah Husna ketika musim cuti semester tahun terakhirnya sebagai pelajar universiti..

“Sofia..bulan lepas, kawan ayah datang..Dia datang dari jauh..”, ibunya memulakan topik perbualan. Panggilan ‘Sofia’ adalah panggilannya dalam keluarga dan orang terdekat.

“oh..siapa mak?”, balas Husna yang tertarik dengan apa yang ingin disampaikan ibunya.


“Kenal tak pak cik Hasyim? Alah..yang dulu-dulu time Sofia kecik tu,selalu dia datang kemari..”, ibunya mengingatkan kembali nostalgia lama.



“Oh...kenal,kenal..nape mak? Ada apa dia datang kemari?”, soal Husna inginkan kepastian sambil membasuh pinggan di dapur.



“Dia punya hajat besar..dia merisik Sofia untuk anak lelakinya..Tapi  

ayah dan mak minta masa dulu..tunggu Sofia bagi jawapan..camne Sofia? Setuju?

, ibunya menjelaskan hal sebenar.



“sofia tak kisah mak..asalkan anak Pak Cik Hasyim tu beriman,soleh dan dapat bimbing Husna kelak..mak dan ayah buatlah keputusan untuk Husna..”, Husna akur dengan keputusan ibubapanya.



“InsyaAllah, anaknya ada ciri-ciri yang Sofia sebutkan tadi.. kalau begitu,mak dan ayah akan terima lamaran itu..ok?”, ibunya masih bimbang terhadap anak kesayangannya itu.


“jika itulah yang terbaik untuk Sofia,Sofia terima mak..InsyaAllah..”,Husna tekad dengan jawapannya.


Dalam hati yang paling dalam, Husna masih mengharapkan Syafiq datang merisiknya dahulu sebelum orang lain.Tetapi dia tidak mempunyai alasan untuk menolak lamaran Pak Cik Hasyim untuk anak lelakinya. Kerana semua ciri-ciri yang diidamkannya sudah terlalu cukup untuknya. Tambahan pula lelaki itu memiliki wajah yang tenang dilihat dan kacak, itu merupakan pakej terbaik bagi dirinya. Husna akur.

Sabda Rasulullah SAW pernah mengingatkan 
sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin 
"Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".

******************************


Majlis pertunangan Husna berjalan dengan lancar.

Cincin emas disarungkan ke jari manis Husna oleh bakal emak mertuanya, Puan Karimah. Senyuman Husna tersimpul manis. Majlis itu dibuat secara sederhana agar tidak terlalu membazir. Bakal suami Husna juga turut hadir. Tapi adat melayu tidak mengizinkan orang yang bertunang hadir sama dalam majlis meminang. Dia hanya duduk di dalam kereta. Setelah selesai majlis bertunang, bakal suaminya dipanggil masuk. Memandangkan bakal suaminya yang tinggal di luar negara, maka di dalam majlis ini sahajalah peluang untuk mereka berdua ditemukan oleh kedua-dua keluarga. Inilah kali pertama Husna bertaaruf dengan bakal suaminya. Husna terpana dek kesolehan wajah bakal suaminya.

Sabda Rasulullah SAW 
"Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu." 


“Subhanallah..alhamdulillah..”, getus hati Husna apabila melihat bakal suaminya. Dia merasakan ini merupakan cinta pandang pertamanya. Begitu juga Khairul Anwar, bakal suami Husna Sofia.



Tempoh pertunangan selama setahun ditetapkan, memandangkan mereka berdua masih belajar di tahun terakhir. Tarikh perkahwinan juga telah ditetapkan. InsyaAllah mereka akan berkahwin pada bulan 12 tahun hadapan.


Sabda Rasulullah SAW

Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. 
-Hadith Riwayat Bukhari & Muslim-


Bagi Khairul, Husna adalah pilihan terbaik ibu bapanya. Begitu juga dengan Husna.

******************************

Sekembalinya Khairul ke Mesir..


“Eh, aku nampak kau semakin berseri-seri ni..kau pakai ape ni? Fair n lovely ker? Hehe..”,Syafiq menegur Khairul yang sentiasa tersenyum.


“Aku dalam tempoh berdarah manis ni..aku saje tak nak cakap nape aku balik Malaysia..hehe..”,Khairul menyatakan tujuan sebenarnya.


“Weh,Khai..kau biar btol..sampai hati ye kau tak bagitau aku..! apa-apa pon,mabruk alaika..”,Syafiq menghulurkan tangannya untuk berjabat mengucapkan tahniah kepada Khairul.


“syukran..”Khairul menyambut tangan Syafiq.


“ehem..ehem..dengan orang mana eh? Cantik? Solehah?”,bertubi-tubi Syafiq ajukan soalan.


“orang Perak..mestilah cantik..solehah plak tu..aku memang puas hati lah dengan pilihan ayah mak aku..”,jelas Khairul.


“Eh,Khai..foto kuarga kau ni ek?”,Syafiq mengutip gambar yang tiba2 terjatuh dripada buku Khairul...

“oh..a’ah..”,Khairul mengiyakan lantas menuju ke arah Syafiq untuk mengambil foto itu
Zupp..!

Timbul satu idea apabila dia mengambil serius gurauan Syafiq.

“bagaimana kalau aku jodohkan kau ngan akak ku ,kau setuju?”, Khairul mencadangkan.

“eh..kau biar betul..aku ni muda dari akak kau..nanti apa pula dia kata..”,sangkal Syafiq.

“Tak mengapa kalau isteri tua, nabi pun berkahwin dengan Siti Khadijah semasa umurnya 25 tahun,manakala isterinya 40 tahun …”, Khairul mengingatkan.

“erm..nantilah aku fikir..bukannya mudah ambil keputusan yang melibatkan masa depan ni..aku kena solat istikharah dulu..”,Syafiq meminta masa.

Syafiq menatap foto itu sekali lagi.Solehah...Syafiq juga tertarik penceritaan Khairul bahawa kakaknya sentiasa sibuk dengan aktiviti dakwahnya sehingga dia tidak mempunyai masa memikirkan masa depannya.

“Eh,kau ni..dah..dah..tatap apa yang lama-lama ni..? meh sini foto tu,aku simpan..”, gurau Khairul apabila melihat Syafiq tidak berkedip matanya menatap foto itu.

“hehe..aku sedang fikir lah..”, Syafiq begitu matang dalam membuat keputusan. Dalam hatinya yang paling dalam, dia masih mengharapkan untuk melamar Husna bila dia pulang ke tanah air.

"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." 
-An Nur: 26 -

******************************

Maka,hari yang ditunggu-tunggu Syafiq tiba..hari terakhir mereka semua berada di Mesir. Syafiq dan Khairul pulang dengan title ‘doktor’. Setelah beberapa jam mengambil masa perjalanan,mereka berdua tiba di KLIA. Kelihatan kedua-dua buah keluarga telah sampai di sana menantikan anak tercinta. Di rumah Khairul...

“Ayah,mak...Khai harap berita yang akan Khai cakap ni dapat gembirakan ayah dan mak dan juga kakak..” ,Khairul memulakan perbualan ketika sedang makan malam.

“Ehem..apa dia Khai..?”,balas ibunya tidak sabar.

“Err..Khai dah ada calon untuk kakak..”,semua yang ada disitu tersentak,terutamanya Khairunnisa’.

“Akak...Khai serius lah ni..ingat tak kawan Khai yang sama-sama pulang ngan Khai hari tu? Kat airport tu..”, Khairul mengingatkan lgi. Semua yang ada di situ mengangguk.

“hah? Kawan Khai yang namanya Syafiq tu ker?”,ayahnya inginkan kepastian.

“a’ah..Syafiq namanya..”,balas Khairul.

“err..tapi akak kan..”, Nisa terasa serba salah.

“tak pe akak..walaupun akak tua 2 tahun dari dia,dia tetap terima akak..dia dah istikharah dah..ternyata akak lah orangnya..Khai yang kenalkan akak kepada dia..”,
jelas Khairul panjang lebar.

“Em..nantilah akak fikirkan..”, kelihatan air muka Nisa serta merta berubah. Sudah masanya dia perlu berumahtangga. Suasana sunyi seketika. Namun diceriakan kembali oleh Khairul. Satu-satunya anak lelaki dalam keluarga yang suka mengambil hati orang tua dan suka bergurau.

“Eh..janganlah camni..ok,ok..lau akak dah terima,Khai bagitau kat Syafiq agar dia datang merisik.. kalau akak tak terima pon takpe.. Khai tak paksa. .tapi,melepaslah Khai nak ber’abang ipar’kan sahabat Khai sendiri..haih...hehe..”,gurau Khairul kembali menceriakan suasana.

“InsyaAllah,mak dan ayah tak halang.. mak tengok Syafiq tu baik jer..bergantung pada Nisa lah nak terima atau tak..” ,ibunya meredakan perasaan Nisa yang bingung.

“InsyaAllah mak,ayah..Nisa akan pertimbangkan..Syukran Khai..”,
Nisa bersuara setelah seketika diam.


Kata Jabir bin Abdullah:
 Rasulullah s.a.w. mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dari Al-Quran, sabdanya: "Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya da seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya".

*****************************

Memandangkan sudah 5 tahun Syafiq meninggalkan zaman persekolahannya, sepucuk kad jemputan reunion sampai melalui posmen yang pernah membawakan berita gembira 5 tahun yang lepas.


Jemputan untuk ke Reunion Batch SPM 2010..
Sukacita dimaklumkan saudara Syafiq Aiman bin Sufian dijemput untuk turut memeriahkan majlis reunion yang pertama bagi Batch SPM 2010.

Tempat:Swiss Garden Golf Resort

Tarikh:12/12/2017 (sabtu)

Masa:10.00pagi-6.00petang.


“adakah aku patut pergi? Lagipun Husna juga mesti juga akan turut hadir..”, desus Syafiq dalam hatinya. Dia berusaha sedaya upaya untuk melupakan Husna memandangkan dia telah pun mengkhitbah kakak Khairul sebagai calon peneman hidupnya mengikut jawapan dari solat istikharahnya.

“aku harus batalkan niatku untuk pergi..”, keluh Syafiq. Walaupun dia berusaha melupakan Husna ,namun perasaan dalam hatinya yang paling dalam tetap tidak dapat menipunya. Husna tetap cinta pertamanya. Dia hanya menunggu jawapan dari kakak Khairul yang bakal merubah perasaanya. Direnungnya hadiah yang pernah Husna beri padanya sebelum dia berangkat ke Mesir 5 tahun dahulu .Sebuah kitab suci yang lengkap dengan tafsir, yang selalu digunakannya. Dan dibawa juga ke mana-mana untuk mentadabbur ayat .Lamunannya mati apabila telefonnya berdering.

“assalamualaikum sahabatku!!”,salam diberikan Khairul melalui corong telefon.

“waalaikummussalam..Khai eh..? camner?”,Syafiq tidak sabar-sabar menantikan jawapan.

“rilek,rilek..cam tak sabar-sabar jer..Syafiq..Syafiq..kalau yer pon, tanya la khabar aku dulu ker..”, Khairul bergurau.

“hehe..bukan tak sabar..tapi penantian adalah suatu penyeksaan bagi aku..ok..bagaimana kau? Sihat? Aku sihat jer..”, Syafiq mula menenangkan diri.

“haha..camtu lah..aku sihat jer..aku telefon kau ni sebab nak jemput kau ke perkahwinan aku..12 aebulan ni..”, Khairul menyatakan tujuan sebenar.

“Weh..! kau dah nak kawin dah??? Hujung minggu ni maksud kau? Awalnye!..” Syafiq bagaikan tidak percaya. Hal tadi diketepikan seketika.

“a’ah la..kau ni..kan dah dekat setahun aku bertunang. .kata orang,tak baik bertunang lama-lama.. banyak cabarannya..hehe..” ,jelas Khairul.

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”
 -Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil-

“ok..insyaAllah, kalau aku tak de aral melintang..lagipon bukan senang kerja doctor cam kita ni dapat cuti.. nanti akanku usahakan demi kau..huhu..”, jelas Syafiq.

“Hah, kembali pada topic mula-mula tadi..camne weh? Akak kau setuju tak?”, Syafiq penuh berharap.

“Em..bismillahirrahmanirrahim..harap kau sedia menerima apa yang aku akan khabarkan..”, Khairul memulakan muqaddimah.

“InsyaAllah,aku terima apapon keputusannya..”,Syafiq pasrah .Bunyi dengusan Khairul di corong telefon.Kedengaran seperti khabar yang tidak berapa baik.

“Em..selepas berkali-kali akak ku buat solat istikharah,keputusan yang dia dapat adalah..”, Khairul tidak menghabiskan ayatnya.

“Ape? Cepat lah..jangan la main-main..”, sangkal Syafiq yang tidak sabar-sabar mengetahui keputusan akan khitbahnya.

“InsyaAllah akak aku mantap memilih kau sebagai calon suaminya..” Khairul menjelaskan.

Diam seketika di corong telefon apabila dikhabarkan berita gembira itu.Ternyata Syafiq sujud syukur seketika lantas menjawab kembali panggilan itu.

“Alhamdulillah..”, ucap Syafiq syukur menahan sebak.

“Alhamdulillah..ok..kau boleh datang bila-bila masa kau suka..tapi inform dulu yer..takot akak aku tak de kat rumah..merisik tu jangan bawak banyak barang sangat..membazir..cukuplah dengan cincin jer..”, pesan Khairul.

“ok..insyaAllah aku akan bagitau nanti bila..biar aku discuss ngan parents aku dulu..”, balas Syafiq.

“em,ok lah..yang tu jer la yang aku nak bagitau..hah,jangan lupa datang kenduri kawin aku sabtu ni yer!! Assalamualaikum...”, Khairul mengingatkan seraya meminta diri.

“InsyaAllah..waalaikummussalam..”, panggilan telefon dimatikan.

Syafiq hanya mampu tersenyum kegembiraan.2 berita gembira baginya. Pertama, lamarannya diterima, kedua,dengan jemputan perkahwinan Khairul dapat menghalangnya daripada bertembung dengan Husna di majlis reunion nanti. Dia lebih memilih untuk hadir ke majlis sahabatnya daripada majlis reunion.






Sabda Rasulullah SAW 
"Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.  

bersambung... (",) 










Share/Save/Bookmark