Kedengaran bunyi deruman motor posmen di halaman rumah Syafiq Aiman.Surat yang ditunggu-tunggukan akhirnya telah sampai. Tekaannya tepat. Ternyata surat itu adalah tawarannya untuk melanjutkan pelajaran ke Mesir dalam bidang medik, tajaan JPA.


“Alhamdulillah..akhirnya cita-citaku hampir tercapai..” Syafiq segera sujud tanda syukur.



Sujud syukur adalah sujud yang dilakukan seseorang kerana ia mendapat kenikmatan atau terbebas dari bencana dan malapetaka. Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya:


“Sewaktu Nabi SAW keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata:“Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.
-Hadis riwayat Imam Ahmad-


“Ummi,Syafiq berjaya mendapat tawaran ke Mesir..!!” Syafiq menjerit kegembiraan.


“Alhamdulillah nak..berjaya jugak Syafiq capai impian Syafiq untuk menjadi doktor!..” Puan Aini mengucap syukur.

Walaupun dialah satu-satunya anak harapan dalam keluarganya, dia tidak seperti anak tunggal manja yang tidak pernah berenggang dengan keluarga. Dia telah dididik dari kecil supaya berdikari dalam melakukan tugasan. Ibubapanya juga telah menghantarnya ke sekolah berasrama penuh agar dia lebih berdikari dalam kehidupannya. Atas didikan merekalah kini Syafiq Aiman menjadi seorang yang berkaliber dan amat amanah melakukan tugasnya sebagai Ketua Pelajar di sekolahnya.



Langsir diselak sedikit.Kelihatan Encik Sufian muncul. Ketenangan jelas terpancar di wajah Encik Sufian sesudah beliau menunaikan solat sunat dhuha yang menjadi amalan rutinnya setiap pagi.



“Eh,ada apa riuh-riuh ni? Nampak wajah ummi dan Syafiq gembira jer ni.. cuba abi teka.. em.. mungkin Syafiq dah dapat adik baru?..btol tak?..” Encik Sufian meneka.



“Eh,adik baru??!! Betul ker ummi?..” Syafiq menjerit keriangan. Seperti tidak percaya apa yang dikatakan ayahnya kerana sudah lama dia menantikan seorang adik.



“abang..! kenapa cakap awal-awal..hajatnya,ummi nak cakap berita gembira ini selepas abang solat sunat tadi..tapi tak pe lah..dah tercakap..” Puan Aini seakan-akan merajuk.


“Oh..bukan ni ker berita yang menggembirakan tadi?” Encik Sufian berasa bersalah.

“Tak lah abi..ok,Syafiq umumkan… ehem,ehem.. Alhamdulillah abi,Syafiq berjaya melanjutkan pelajaran ke Mesir tajaan JPA.. kos medik.. Ok..lagi satu berita?” Syafiq menyoal kembali.

“Em..lagi satu..Syafiq bakal mendapat adik baru! InsyaAllah..”,terang Puan Aini lembut.

“Wah..bes nye! Alhamdulillah”,kata Syafiq penuh kegembiraan dan kesyukuran.


******************************


Syafiq segera masuk ke bilik, dan mula menggapai telefon bimbit model Sony Ericssonnya dan mula menaip satu mesej.


Salam..Husna..ana dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Mesir,kos medik.Hujung bulan ni,ana akan berangkat ke sana.Harap perbezaan jarak antara kita berdua tidak melemahkan hubungan kita berdua.



Syafiq menekan butang Send to 
Husna Sofia..



Husna merupakan gadis pilihan hatinya. Sejak sekolah menengah, dia mula menaruh hati kepadanya. Bahkan Husna juga merupakan pelajar yang paling top dalam semua aspek. Ramai yang terpikat dengan kesopanan dan kebijaksanaannya. Namun,Syafiq Aiman juga yang dipilihnya.



Setelah beberapa minit kemudian,

Tut..tut..tanda mesej baru masuk.Syafiq membuka isi mesej itu.Dari Husna..



Oh..baguslah kalau begitu...Tercapai jugak cita-cita anta untuk pergi ke Mesir..Ana turut gembira.Ana harap anta belajar bersungguh-sungguh di sana..(~_~)


“Aik,macam lain jer nadanya..tak sedih kah dia atas pemergianku? Atau dia dah tak sayangkan aku? Atau dia dah ada yang lain?”,macam-macam persoalan berlegar di kotak fikirannya.

Satu mesej lagi dihantar.

Em..anti tak sedih ker atas pemergian ana? Ana pulak yang sedih nak tinggalkan orang yang ana sayang.

Dia sekali lagi menekan butang send.

Tok..tok..
Kedengaran bunyi ketukan pintu dari dalam. Kelihatan umminya menjengah masuk.



“boleh ummi masuk?”,Puan Aini meminta izin.



Em,ummi dah masuk dah pon..hehe..duduk lah..ada ape ummi?..”,Syafiq mempelawa ibunya duduk disampingnya.



Belum sempat ummi bercakap, kedengaran lagi bunyi dari handsetnya menandakan satu lagi mesej masuk.



“haih..anak ummi ni..mesej ngan sape tu ha..?” Puan Aini mengusik.



“ngan kawan ja ummi..” Syafiq menyembunyikan hal yang sebenar.


“betol ker ni? Lau ummi tahu anak ummi couple,siap ummi kerjakan…hehe..” ibunya pura-pura marah.

Ibunya menasihati..

“Menjaga pandangan bukannya perkara yang boleh dipandang remeh. Ia merupakan suruhan Allah S.W.T. kepada setiap individu Muslim yang beriman."


Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.".


Dan dalam surah Al-Isra' ayat 32 iaitu :
"Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)."

"Untuk lebih faham lagi konsep 'menghampiri' di sini, kita ambil satu contoh. Katakan Shafiq ingin ke kedai makan yang jaraknya, let say 200 langkah. Apabila Shafiq melangkah setapak keluar daripada rumah itu sahaja dia sudah dikira mendekati kedai tersebut, setuju? Jadi, pandangan yang tidak terkawal itu ibarat langkah pertama ke arah zina.. fahamkan maksud ummi?”, ibunya menyoal untuk kepastian.



Panjang ibunya bercerita. Syafiq hanya mengangguk perlahan tanda faham. Di hatinya yang paling dalam, dia amat terkesan dengan nasihat ibunya. Syafiq mula menukar topik perbualan agar dia dapat menyembunyikan hal yang sebenarnya. Segala rahsianya berada dalam handsetnya. Dia takut kalau-kalau ibunya memeriksa handsetnya pada waktu itu.

******************************


“assalamualaikum..Husna..buat ape tu?”,Hanis Humaira menegurnya sesudah balik dari kuliah.

Humaira merupakan roommate Husna di tempatnya belajar. Walaupun umur mereka sebaya, tapi pemikiran Humaira cukup matang dalam membuat sesuatu perkara. Dan dia juga merupakan pelajar contoh di sekolah agama yang terkenal di negeri Che Siti Wan Kembang,iaitu, Maahad Muhammadi Perempuan.


“Tengah berenang ..hehe..eh,eh..gurau jer..Husna tengah study math..nanti pukul 2 ada kuiz..”,gurau Husna selamba.


“apalah Husna ni..ok lah..Umai tak nak ganggu,nak qailullah jap..nanti pukul 2,Umai ada kelas..”,Humaira merebahkan badannya di atas katilnya yang empuk dan terlena beberapa minit kemudian.



Husna masih lagi setia di meja belajarnya. Setelah azan zohor,dia membangunkan Humaira dari tidur untuk solat berjemaah bersama-sama. Setelah itu,mereka ke kelas masing-masing.



Sudah 2 bulan Husna di matrik.Dia terlalu sibuk dengan urusan pelajarannya sehinggakan sudah lupa ada yang merindui di bumi anbiya’ sana.



“Ish,da dekat 2 bulan ni..Husna tak bagi khabar langsung.Mesej tak dibalas,Email tak direply...Online pun tidak sama sekali...kenapa ni Husna??”,getus hati Syafiq merindui buah hatinya di tanah air.


“Baik aku mesej sekali lagi,mana tau kali ni dia balas..”,Syafiq bermonolog sendirian.

Salam orang yang dirindui..sudah lama anti tak bagi khabar anti..entah sihat atau tidak ni..ker terlalu busy study??sampai tak ingatkan orang di sini.. 

Ditekannya punat Send to Husna Sofia.

Di dalam kelas,Husna merasakan ada kesan vibrate dari dalam begnya. Sengaja handphonenya di tukar kepada mode vibration apabila pelajaran dimulai agar pelajaran mereka tidak terganggu. Husna mengabaikan supaya dia dapat fokus seratus peratus di dalam kelas.

Setelah tamat pelajarannya pada hari itu,dia meneliti satu per satu mesej yang masuk. Bulat matanya apabila mesej yang diterimanya adalah daripada Syafiq.

“Syafiq lagi..rindu sangatkah dia kepadaku? Kalau tak dibalas,kesian pulak.. ”,getus Husna sendirian.

Ditekannya butang reply..

Wslm Syafiq..maaf.Ana sentiasa sibuk dengan pelajaran..lagipun,anta pun mesti lagi sibukkan? Medik bukan course yang mudah..bukan? Ana di sini baik-baik saja..take care!

Dan butang send ditekan. Husna mengeluh sendirian.


******************************




Seperti biasa, Husna dan Humaira akan menghadiri usrah mereka setiap hujung minggu..


Dalam Al-Quran ada menyebut: 
"Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka."
-An-Nur:31-

"Baiklah,ade sesape mahu bagi pandangan,apa yang dia faham dari ayat ini?",Kak Zulaikha cuba menimbulkan persoalan. Ringkas soalannya. Tetapi,seperti biasa,keadaan sepi seketika. Mungkin kelu. Mungkin juga cuba berfikir dan mentadabbur kalam suci itu . Tidak kurang juga,pasti ada yang sedang menyusun bait kata,untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan.



Husna juga turut diam memikirkan apa yang tersirat dalam kalam suci. Buntu. Cuba berfikir. Seketika kemudian,handphonenya vibrate panjang. Husna melihat seketika.


Syafiq is calling terpapar di skrin telefonnya.Fikirannya bercampur baur. Antara jawab atau tidak. Dia mengetahui bahawa dia kini berada dalam sebuah majlis ilmu,juga majlis zikir. Dipenuhi keberkatan. Dipayungi sayap-sayap para malaikat. Didoakan untuk diampunkan dosa oleh para malaikat. Tidak sepatutnya,dia lagho. Husna cepat-cepat beristighfar. 



Husna teringat sepotong hadis yang dibacakan oleh Ustaz Ridhwan baru-baru ini.


Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi saw. beliau bersabda :
 "Sungguh, Allah mempunyai malaikat-malaikat yang mulia yang selalu berjalan mencari majlis zikir, apabila mereka mendapatkan suatu majlis yang dipergunakan untuk berzikir,maka mereka duduk di situ dan masing-masing malaikat membentangkan sayapnya, sehingga memenuhi ruangan yang berada di antara ahli zikir dan langit dunia."

Dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Rasulullah S.A.W bersabda :
 "Apabila berkumpul suatu kaum dalam rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Qur'an dan mempelajarinya, maka ketenangan pasti akan turun kepada mereka,rahmat Allah melingkupi mereka, malaikat-malaikat mengelilingi mereka dan Allah menyebut-nyebut mereka di kalangan makhluk yang ada didekatNya (para malaikat)." 
-HR. Muslim-


Sesekali Humaira menjeling Husna yang merenung sayu handphonenya. Kelihatan air mukanya berubah serta merta. Demi melindungi sahabatnya,dia mula bersuara tentang pendapatnya tentang ayat suci yang disoal Kak Zulaikha sebentar tadi.


“Apa yang Umai paham adalah syariat Islam menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang."

 Sabda Rasulullah SAW: 
"Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa).",Humaira menjawab dengan penuh keyakinan.

“ok..tepat sekali Umai.. Ada sape-sape lagi nak bagi pandangannya?",suara Kak Zulaikha yang lemah lembut itu mendamaikan jiwa Husna yang sedang berserabut.

“Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan":


Sabda Rasulullah SAW:
 "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."


“alhamdulillah..mantap sekali adik-adik akak semua..sekarang,siapa tahu maksud ikhtilat? Cuba adik-adik terangkan bagaimana ikhtilat tu boleh berlaku..? akak nak Husna bagi pendapat..”, pinta Kak Zulaikha.

Soalan Kak Zulaikha,gadis berkaca mata di hadapan mereka,mematikan lamunan Husna. Dia terkejut. Tidak disangka,dalam ramai-ramai sahabatnya,dia juga yang ditanya.


"Err..saya mintak maaf,Kak Zulaikha.Saya..",Husna tertunduk. Kesal dengan kecuaiannya. Dia tahu, ilmunya yang secalit cuma tidak mampu menandingi mereka semua.


Lantas Humaira memintas supaya dapat melindungi Husna untuk kali kedua.



“Erm,akak..biar Umai yang jawab..Ikhtilat ni merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia juga merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat ni boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari...”,terang Humaira panjang lebar.



“bagaimana pula ikhtilat boleh berlaku? Cuba bagi sedikit contoh..”,Kak Zulaikha menimbulkan persoalan demi persoalan agar adik-adik usrahnya benar-benar memahami tentang isu yang ditanya.



“dengan kemajuan era teknologi sekarang....ikhtilat ni sebenarnya bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Facebook... Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja..”,terang Amani, sahabat seusrah mereka.


Zupp...

Hati Husna bagaikan direnjat elektrik apabila mendengar penjelasan 2 orang sahabatnya. Dia baru menyedari bahawa dia juga sedang mengalami ikhtilat yang jelas haramnya di sisi Islam. Hubungannya dengan Syafiq dirasakan perlu diputuskan serta merta. Wajahnya berubah. Dia mula sedar yang perbuatannya telah mengundang dosa tanpa dia sedari.

“aku harus mengambil tindakan..”,desus hatinya.

Kak Zulaikha menjelaskan lagi bagaimana tips-tips berurusan dengan lelaki bukan muhrim. Satu per satu dibentangkan dan mereka semua khusyuk mendengar dan kekadang menulis isi penting di buku nota masing-masing.

1.Elakkan berhubungan dengan lelaki. Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki latop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya. Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah.

Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran:


 "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya? 


3. Tundukkan hati. Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.




4. Tundukan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.



5. Mempercepatkan urusan. Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.



Husna meneliti satu per satu isi notanya.Amat bermanfaat bagi dirinya.



“InsyaAllah,akan aku manfaatkan nota ini dengan sebaiknya...dia teringat akan pesan ustazah arabnya sewaktu di bangku sekolah..ilmu tanpa amal,ibarat pohon yang tidak berbuah...”,hatinya berkata-kata.



Husna tersenyum sendirian. Humaira disampingnya hairan dengan tingkah lakunya. Mungkin inilah dinamakan hidayah. Dia berasa tenang setelah pulang dari program usrah pada hari itu. Intinya berjaya merubah seseorang yang bernama Husna Sofia bt Faris. Bukan untuk sementara,tetapi untuk selamanya. Pegangan hidupnya juga berubah.


Firman Allah swt dalam Surah Ar Ra’d : 27-28;
“Dan Dia memberi petunjuk ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang merujuk kepadaNya, iaitu orang2 yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah, dengan zikrullah, hati akan menjadi tenang.

******************************

Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Ana ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Ana minta maaf atas segala yang dah berlaku. Ana rasa setakat ini je hubungan kita.Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum..

Mesej dihantar.

“maafkan aku Syafiq..”,terasa berat hatinya untuk memutuskan hubungan yang telah mereka bina selama ini.Seperti separuh hidupnya sudah hilang.Namun digagahkan jua hatinya apabila dia mentadabbur satu ayat daripada al-quran:



Surah Al-Baqarah,ayat 216:
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."



Husna sebak.Air mata yang cuba dibendung,terus-terusan mengalir.Bukan mudah untuk dia mengambil langkah ini.Tapi ,dia yakin dengan keputusannya.Pantang baginya berpatah balik. Dia tidur berlinangkan air mata.Humaira yang duduk satu bilik dengannya perasan akan perubahan Husna yang berlaku.Namun dibiarkan agar tangisan dapat memuaskan hatinya yang dirundung kesedihan.


******************************

“Husna ada problem ker? Umai tengok pon dah tau..Sejak semalam lagi Umai lihat husna asyik duk nangis jer...citer la sikit..mana tau Umai boleh tolong..”,tegur Humaira apbila melihat Husna murung.

Eh,mana ada pape..Husna ok jer..semalam Husna teringat kat family di kampung..sebab tu nangis tu..hehe..jangan risau yer Umai..”,Husna tersenyum. Hambar,seperti senyuman yang dibuat-buat agar dapat menyenangkan sahabat baiknya itu. Dia malu untuk menceritakan hal yang sebenar.Namun digagahkan jua untuk menceritakan dari A sampai Z. Humaira tekun mendengar. Dia sudah terbiasa mendengar cerita yang diluahkan oleh Husna. Sudah ramai sahabat-sahabatnya mengalami perkara yang sama.


"Tetapi,boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu lebih baik bagimu.Dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu,tetapi ia tidak baik bagimu.Allah Mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui" 
- Surah al-Baqarah:216 -




Humaira membaca ayat al-Quran serta tafsirnya sekali lgi. Kali ini,Husna merasakan bahawa ayat itu tertuju tepat ke atasnya. Husna merasakan lebih tenang apabila ayat itu dilantunkan dan dia pasti bahawa keputusan yang dibuatnya adalah keputusan yang terbaik untuk dirinya dan juga untuk Syafiq. Hanya satu ayat sahaja Humaira dapat meyakinkan tindakan Husna yang telah memutuskan hubungannya dengan Syafiq merupakan jalan yang terbaik bagi menyelesaikan solusi masalah itu.



Deringan telefon nada ‘InsyaAllah’ milik Husna mematikan penghayatannya terhadap ayat suci yang dibaca Humaira. Dia segera menggapai telefonnya di atas katil.



Syafiq is calling.. Terpapar di skrin telefon bimbitnya.Dia ragu-ragu untuk mengangkatnya memandangkan Humaira ada di sisi. Humaira mengangguk menandakan dia benarkan Husna menjawab telefon dari si pemanggil itu yang bernama Syafiq itu.


Husna menekan perlahan butang di handphonenya.Dan menjawab panggilan itu.



“Assalamualaikum Husna..ana teringat SMS yang anti kirimkan semalam..Kenapa anti tulis macam tu? Anti dah tak suka ana? Atau ana ada buat salah?”, bertubi-tubi soalan yang dilemparkan syafiq, namun satu pun tidak dijawab oleh Husna.



“Ana minta maaf Syafiq..Macam apa yang ana hantar semalam,ana nak kita berhenti,kita putus.Ana tahu anta lebih tahu pasal agama berbanding ana.Anta pasti lebih tahu,apa yang kita buat selama ni,tak betul,haram hukumnya..," luah Husna sejujurnya. Apa yang dipendamkan sejak beberapa hari lalu, diluahkan satu persatu. Humaira yang berada disisinya hanya mendengar.


“Tapi,kenapa sampai begini?..ana tetap akan tunggu anti..jangan lupakan ana..”, rintih Syafiq.

"Syafiq,ana betul-betul minta maaf..Lupakanlah ana..ana harap sangat,anta dapat faham kenapa.Bukan sebab perasaan ana pada anta sudah luntur,juga bukan kerana orang ketiga. Tapi,saya mahukan cinta Allah. Maafkan ana..", lantas,dimatikan panggilan itu.

Husna sebak.Air mata yang cuba dibendung,terus-terusan mengalir.Bukan mudah untuk dia mengambil langkah ini. Humaira memangku Husna. Dia membiarkan Husna menangis sepuas-puasnya.Humaira tahu,begitu pahit jika berpisah dengan orang yang kita sayang.

Tut..tut..satu mesej baru masuk di handphone Husna. Daripada Syafiq rupanya...

"Baiklah Husna..Klau ini yg anti mahukan..Ana akur.." 

Husna lega.Senyum terukir dibibir,walaupun itu merupakan saat yang paling pahit dalam hidupnya. Pahit demi mencari redha-NYA.



bersambung... (",)


Share/Save/Bookmark