MUSAFIR HATIKU

Hati ini bermusafir untuk mencari hidayah-NYA, redha-NYA dan cinta-NYA yang hakiki... (",)


I made this widget at MyFlashFetish.com.



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."
" Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.
" Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, " Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,"
Pemuda itu menyambung lagi, " Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."
" Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.
" Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"
Jawab ahli ibadah itu, " Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."
" Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu.
" Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.
" Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,"
" Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya," jawab ahli ibadah tadi.
" Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, " Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua'lam..

Share/Save/Bookmark



Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap 
haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...







p/s : yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipon untuk mengHALALkannya.. peringatan untuk diri saya sendiri terutamanya....wallahua'lam

Share/Save/Bookmark



1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung 6 perkara menjelang - hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
[Hadith Sahih Bukhari]



2) Zina bermaharajalela.
 "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk,yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."
[Hadith Sahih Muslim]



3) Bermaharajalela alat muzik. 
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,rusuhan dan perubahan muka bumi." Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" 
[Hadith Ibnu Majah]



4) Menghias masjid & membanggakannya. 
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid"
[Hadith Riwayat Nasai.]



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji,memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."
[Hadith Riwayat Ahmad dan Hakim.]


6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang ma'ruf dan tidak mengingkari kemungkaran
[Hadith Riwayat Ahmad]



7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia"
[Hadith Riwayat Thabrani]



8)Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." 
[Hadith Riwayat Ahmad]



9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a."Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."
[Hadith Riwayat Muslim]


10) Bulan sabit kelihatan besar. 
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."
Hadith Riwayat Thabrani]



11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. 
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu"
[Hadith Sahih Muslim]



12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." 
[Hadith Riwayat Ahmad]



13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
 "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai" 
[Hadith Riwayat Muslim]





Share/Save/Bookmark


Kali pertama Hakim melihat wajah Mariam  ketika mereka mengikat tali pertunangan suatu ketika dulu. Mereka tak pernah berjumpa sebelum ini apatah lagi saling mengenali. Hakim merupakan penuntut di Universiti Malaya (UM) yang baru sahaja selesai ijazah dalam bidang Syariah Islamiah. Semasa di menara gading, dia sering dijolok dengan gelaran "ustaz". Mungkin dia terlalu baik dan alim pada pandangan mahasiswa/i lain. Lagipun dia pernah menuntut ilmu di Madrasah al-Bakriah Pasir Tumboh setiap kali cuti semester. Mukanya yang sentiasa jernih dengan wudu' kadang-kadang mencuri tumpuan para mahasiswi di UM.

Tak pernah terlintas di benaknya untuk dijodohkan dengan muslimah dari Madrasah Seligi. Bahkan dia tak pernah ke sana. Pada mulanya, dia ingin segera mendapatkan Master sebelum diijab kabulkan. Jodoh tak dapat disangka. Masih terngiang-ngiang di telinganya kata-kata ibunya.
" Hakim, mak nak sangat tambah ahli keluarga baru " .
Dia tak mampu membantah kerana lebih pentingkan hajat ibu.

Dia hanya tahu bahawa bakal isterinya itu bernama Mariam binti Abdul Jalil, tinggal di Tanah Merah dan pelajar di pondok Seligi. Saat pertama kali dipertemukan 2 bulan lepas, Hakim masih ragu-ragu sama ada patutkah dia menyunting gadis tersebut atau sebaliknya namun dia yakin jodoh itu ketetapan Ilahi dan tak dapat diragui.

Mariam yang sentiasa berpurdah dan bertudung labuh itu hanya menyerah segala-galanya kepada Tuhannya. Dia tidak terlalu memilih. Baginya agama pada bakal suaminya itu paling utama. Cinta berteraskan agama akan kekal sehingga ke syurga. Sebelum ini, 3 orang jejaka yang berlainan latar belakang melamarnya. Zaidi, bakal doktor dan seorang yang pentingkan kredibiliti. Ahmad, bakal mendapat gelaran "Dr." dan hanya menunggu PhD kejuruteraan diluluskan. Farid, baru sahaja mengambil alih tempat bapanya sebagai pengurus suatu syarikat di pusat bandar. Lamaran ketiga-tiga lelaki ini ditolak Mariam setelah istikharahny. Tak dinafikan Farid berada dalam situasi selesa dengan pangkatnya selain Ahmad hanya menanti kekayaan dan Zaidi yang tampan menjadi kegilaan wanita lain.

Mariam tidak berat untuk menerima Hakim sebagai kekasih halalnya dan pembimbingnya. Wajahnya yang boleh menimbulkan fitnah bagi kaum Adam hanya dapat dinikmati oleh suaminya. Mariam tahu bahawa kehidupannya selepas ini akan berubah. Dia juga seperti wanita lain yang mahu menyayangi dan disayangi.

Mereka berdua disahkan menjadi suami dan isteri pada hari ini. Majlis akad nikah begitu meriah dengan kehadiran ramai sahabat dan ahli keluarga. Batasan syara' tetap terjaga. Tempat makan lelaki dan perempuan diasingkan manakala bunyian yang ada pada hari ini hanyalah alunan nasyid dan selawat. Mereka berdua tidak mengejar romantik yang dicampuri hawa nafsu dan cinta yang dimerahkan dengan dosa.

Janggal rasanya bersama orang yang masih terasa asing. Mereka seolah-olah bisu dan menunggu pihak yang memulakan percakapan.
" Kenapa kamu menerima lamaranku? Sedangkan aku lelaki seperti 3 orang yang kamu tolak lamarannya sebelum ini " Hakim memecah kesunyian.
" KeranaNya " .
" Kamu tidak mengenaliku, aku juga tak pernah berbicara denganmu sebelum ini, yakinkah kamu bahawa aku bakal membimbingmu? "
" InsyaAllah " .
" Padamu 4 perkara yang cukup lengkap. Engkau beragama, daripada keturunan yang mulia, keluarga yang berada dan wajahmu terlalu sempurna pada pandanganku. Bahkan kamu terlalu mahal daripada wanita di luar sana ".
" 4 perkara itu pun ada pada kamu " jawab Mariam sepontan.
" Tapi kamu tak punyai apa yangku ada. Sepanjang umurmu, berapa kali kamu wajahmu dipandang oleh lelaki asing " .Pertanyaan yang tak langsung dijangka oleh isterinya.
" Purdahku ini melindungi wajahku, melindungi maruahku daripada sebarang kekotoran. Namun aku tahu, aku tak sesuci yang kamu tahu. Sepanjang hayatku, seorang lelaki ajnabi, jiranku pernah memandang wajahku tapi ia berlaku terlalu pantas. Aku tak sedar dia ada di halaman rumahnya " terlalu perlahan nada Mariam sambil menunduk kepalanya.

Tangan Hakim yang sedang memegang jari-jemari Mariam tersentak. Dia segera bangun berdiri dari sisi katil biliknya tanpa sebarang kata-kata. Meninggalkan Mariam di situ berseorangan.

Mariam tahu bahawa dia tak mampu mempertahankan kesucian maruahnya untuk suaminya. Dia belajar agama tapi tak semua diamalnya. Kadang-kadang dia lalai daripada melaksanakan hukum Ilahi. Air matanya membasahi pipi yang telah lama kemerahan. Dia terlalu mudah tersentuh. Hatinya terlalu lembut kerana martabat rohaninya sentiasa dinaikkan.

Makan pagi bersama keluarga mertua pada pagi itu terlalu suram. Mariam diam seribu bahasa. Hakim tak langsung memandang wajah isteri baru itu bahkan mukanya yang serius bertambah tegang . Ibu bapa Hakim yang hairan hanya memerhati dan terus memerhati. Selesai sarapan, Hakim bangun sambil meminta diri untuk mengajar di sekolah. Mariam yang masih diam disapa ibu mentuanya.

" Hakim tak sihat ke? "
" Dia tak apa-apa " jawab Mariam.
" Mariam berkelahi dengan Hakim? " bapa mentuanya menyelit.
" Tak juga ayah "
" Biasanya Hakim paling banyak cakap, pagi ni diam pula " tambah bapa mentuanya itu.
" Baiklah, ni urusan rumah tangga Mariam dengan Hakim, kami berdua tak mahu masuk campur " kata ibu mentua Mariam.

Mariam yang terus dihimpit serba salah dan fikiran yang serabut pergi ke kamarnya untuk membaca Kalamullah. Setiap kali hatinya tak tenang, al-Quranlah yang menemaninya. Air  matanya terus mengalir. Dia telah menyakiti perasaan suaminya. Malam pertama yang bahagia bagi pengantin baru yang lain namun dingin bagi mereka berdua.

Terlalu lama di hadapan mashaf suci itu, Mariam terlelap . Hakim yang baru pulang hanya memerhati dari jauh.
Hari ketiga dan seterusnya mereka berdua seperti orang yang tak saling mengenali. Mariam yang cuba mendekati Hakim tapi rasa salahnya lebih tebal daripada keinginannya.

Selepas solat Isyak, Mariam tiba-tiba pengsan di pangkuan suaminya. Badannya terlalu panas. Hakim segera mengusungnya ke ruang tamu. Pada waktu itu, mereka hanya berdua. Ibu bapa Hakim ke Perlis untuk menghadiri konvo anak bongsu mereka. Setelah tiba di Hospital, Mariam diberi rawatan. Hakim mula rasa tak tenteram. Rasa menyesal pun terbit. Mariam masih tak sedarkan diri. Hakim ke surau untuk solat hajat memohon kepada Yang Maha Berkuasa agar dijernihkan kembali keadaan.

" Ya Allah ya Tuhanku, aku tahu engkau yang menguasai alam ini, engkau jua memberi manfaat dan mudharat. Maka angkatlah kegelisahan padaku dan sembuhkanlah isteriku. Aku tahu, aku terlalu melampau dalam tindakan, pimpinlah kami berdua ke jalanmu " .

Hakim ke bilik pesakit dan mendapati isterinya masih belum sedarkan diri. Doktor menasihati Hakim agar menjaga Mariam dengan baik kerana Mariam terlalu lemah untuk melawan perasaan dan tiada apa-apa yang perlu dibimbangkan.

Terucap kalimah syukur di bibirnya. Lantas segera ke katil Mariam. Bersamanya butir-butir tasbih di tangan kanan manakala tangan kirinya memegang erat jemari Mariam. Sambil menunggu Mariam sedar,dia banyak kali tersengguk. Terlalu mengantuk. Namun tetap dilawan sehingga terlena di lengan Mariam.

Jam menunjukkan 2 pagi. Suasana terlalu sunyi. Hanya bunyi cengkerik di sekitar hospital dan kipas yang berputar di siling. Mariam yang tersedar cuba bangkit mendapatkan minuman di sampingnya untuk menghilangkan haus tapi dia terlalu lemah. Baru disedari bahawa suaminya ada di sampingnya dan sekarang dia berada di hospital.Tak tergamak untuk mengejutkan suaminya pada awal pagi itu, dia cuba sedaya mungkin mengambil gelas yang berisi air mineral. Dari dulu lagi, Mariam tidak suka menyusahkan orang lain dalam urusannya.

Terdengar gelas pecah, Hakim tersedar. Tanpa memerhatikan Mariam, dia hanya mengutip serpihan-serpihan kaca gelas dan dibuang di dalam tong sampah. Dahi Mariam di sentuhinya, rasa panas semakin kurang.

" Rasa lemah lagi? " ucapan ringkas Hakim kepada Mariam.
" Mungkin ini salahku, kehidupanmu tak terurus walaupun kamu mampu menjaga kebajikanku, mak dan ayah. Aku menyebabkan fikiranmu bercelaru. Aku menyedarinya tapi aku takkan membiarkan permata yang mahal digandingkan bersama batu yang bersulam emas. Kamu terlalu suci, terlalu bernilai sedangkan aku bukanlah lelaki yang baik dan padan denganmu. Aku pernah banyak kali memandangkan perempuan yang bukan halal bagiku sebelum ini jika dibandingkan dengan mujahadahmu memelihara dirimu  " tambahnya.

Belum sempat Mariam berkata-kata. Hakim meneruskan kalamnya
" Aku diajar agar tidak melakukan kezaliman pada diriku dan orang lain. Bagiku, bersamamu adalah suatu kezaliman kerana tidak meletakkan sesuatu di tempatnya. Kamu sepatutnya bersama lelaki soleh yang jauh lebih baik daripadaku. Aku tak mampu melawan perasaan bersalahku semenjak mengahwinimu. Aku tak dapat menyimpannya di dalam sanubariku walaupun kucuba beribu kali. Kamu pula terkena biasnya " .

Mariam tak dapat berkata-kata. Itulah lafaz yang paling menyentuh hati pernah didengarinya. Bergelinangan air mata Hakim tapi terus ditahan daripada mengalir setelah dapat meluahkan perasaannya.

" Bagiku, kamu adalah insan terbaik pernah kutemui " suara lembut Mariam bertutur. 
"Ini pilihan Allah Taala, ini ketetapan jodoh anugerahNya. Allah pasti memberi yang terbaik untuk hambanya yang mengintai cinta hakiki " .

Hakim segera bangun dan keluar dari bilik hospital itu. Mariam menyapu air matanya dan menguatkan anggota turun dari katil dan memeluk Hakim dari belakang. Hakim hanya menghadiahkan kucupan di dahi Mariam seperti mana kucupan selepas mereka diijab kabulkan..

Share/Save/Bookmark


Allah mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul tak ada satu orang pun dari kalangan wanita, tapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam a.s yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita, begitu mulianya seorang wanita sehingga dari rahimnya Allah hadirkan kekasih-kekasih Allah yang membawa risalah demi mencapai kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
 “ Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan memasuki surga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka seperti batu permata yang berkilau”

Bahkan Rasulullah s.a.w. bersabda :
 “ Sampaikanlah kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahwasanya : “Taat kepada suami dengan penuh kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang membela agama Allah , tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mahu menjalankannya”

  • Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari pada 70 orang wali, seorang wanita yang jahat lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
  • Isteri yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat.
  • Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup tempoh iaitu 2 ½ tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
  • Sungguh burung-burung di udara , ikan-ikan dan malaikat dilangit meminta keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia sentiasa dalam kerelaan suaminya.
  • Siapa sahaja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha terhadap pemergiannya, maka dia akan masuk syurga.
  • Bila seorang suami pulang ke rumah dengan perasaan gelisah, dan isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.
  • Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga melalui pintu mana saja yang disukainya.
  • Bila seorang wanita hamil solat 2 rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.
  • Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan anaknya, Allah akan mengampuni seluruh dosa-dosanya dan mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.
  • Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.
  • Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan anaknya, Allah akan memberikan pahala sebagaimana dia berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam.
  • Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan anaknya, dia mendapatkan pahala syahid.
  • Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah tetapi memmujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun ibadah.
  • Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat tetapi Allah datang sendiri kepada wanita yang menjaga auratnya, iaitu memakai purdah di dunia secara istiqomah.

Begitu mudahnya seorang wanita mendapatkan keredhaan Allah dengan dia taat kepada suaminya, tentunya ketaatan disini ialah dalam batasan-batasan Agama , kerana apabila seorang suami sudah melanggar apa yang disyariatkan oleh agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi seorang wanita. Kerana tidak ada ketaatan kepada mahluk dalam menderhakai al-Khaliq.

Sebagaimana kisah Asiah isteri Fir’aun. Di tengah-tengah kaum yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, dia tetap berpegang teguh kepada Allah, walaupun untuk menjaga keimanan tersebut , dia harus menerima kematian ditangan suaminya sendiri, iaitu Fir’aun. 

Rasulullah saw bersabda bahawa wanita yang terbaik dan paling sempurna adalah Asiah isteri Fir’aun dan Maryam.

Syekh Ibrahim Ali mengatakan seorang wanita jika sudah dominan dalam kehidupan lelaki, maka dia akan menjadi buah hati dan ruhnya. Bahkan dia akan menjadi segenap badan dan perasaan lelaki. Semua tindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seorang lelaki, kerana dorongan wanita. Fikiran dan amal para wanita muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air, bersatu dengan tanah, tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya, tanpa memerlukan tenaga untuk mengangkutnya. Kebaikan yang akan merebak atau kejahatan. Semua tergantung kepada amalan para wanita.

Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis :
“Wahai puteriku, pintu kebaikan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada ditanganmu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik. Engkau benar puteriku, bahawa kaum pemudalah yang pertama melangkah menempuh jalan dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju”


Subhanallah.. Beruntungnya kita yang dilahirkan sebagai wanita. Semoga kita dapat menjadi salah seorang serikandi Islam, insyaAllah (",)




Share/Save/Bookmark



Seorang lelaki soleh pulang ke rumah membawa sebiji tembikai. Tembikai yg dibelinya di pasar itu diserahkan kepada isterinya untuk dibelah. Sebaik sahaja tembikai itu dibelah, isteri orang soleh itu segera merasanya.

Didapatinya rasa tembikai itu sangat tawar. Apa lagi, keluarlah rungutan dari mulut si isteri disebabkan tembikai yang tawar itu. 

Melihat keadaan isterinya yang tidak habis-habis merungut, orang soleh itu pun berkata, “ Saya yang membeli tembikai itu di pasar”.

“Ya saya tahu,” jawab isterinya. 

“Pada pendapat awak, ketika saya membeli tembikai di pasar tadi. apakah saya ingin tembikai yang manis atau yang tawar?”

“Tentu awak hendak yang manis”, jawab isterinya.

“Ketika penjual buah-buahan di pasar menjual tembikai itu tadi, adakah dia ingin mejual tembikai yang manis atau yang tawar?” tanya orang soleh itu lagi. 

“Tentu sahaja dia hendak menjual tembikai yang manis”.

Orang yang soleh itu ebrhenti sejenak. Kemudian dia bertanya lagi. “Ketika peraih buah tembikai itu menjual hasil tanamannya kepada penjual di pasar itu, apakah dia hendak penjual tembikai yang manis atau yang tawar?”

“Tembikai yang manis, tentunya.”

“Ketika pekebun menanam pokok tembikainya dahulu, apakah dia inginkan buah yang manis atau buah yang tawar?” pertanyaan orang soleh itu mula meleret-leret.

“Tentu yang manis.”

“Ketika awak membelah buah tembikai sebentar tadi, adakah awak inginkan buah yang manis atau yang tawar?”

“Saya inginkan yang manis..Kenapa dengan semua pertanyaan ini?” soal isteri.
Orang yang soleh itu tersenyum lalu berkata. “Kenapa semua inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!”
Isteri orang soleh itu terdiam. 

Marahkan siapa?

“Jadi, ketika awak marah-marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa? Bukankah semua orang inginkan buah yang manis. Tetapi kuasa Allah yang memutuskan buah itu tawar rasanya. Jadi awak marahkan siapa? Marahkan saya yang membeli atau awak yang membelah, atau pekedai yang menjual atau penanam yang menanam? Atau Allah yang menentukan rasa tawar itu?”

Salah satu daripada adab makan adalah jangan mengecam makanan sekalipun makanan itu tidak sedap. Jika tidak suka, tinggalkan sahaja. Daripada cerita di atas, kita faham bahawa rezeki kita semua ditentukan oleh Allah s.w.t. Jika kita mengecamnya, ramai orang yang akan terasa hati. 

Mungkin emak atau isteri kita yang memasak,ayah kita yang membeli atau diri kita yang merasanya. Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedari, kita seolah-olah ‘mengecam’ Allah yang mengurniakan rezeki itu untuk kita. 

Iktibar daripada cerita orang soleh dengan tembikai adalah, kita mesti belajar bersyukur.Jika kita tidak syukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan syukur dengan yang banyak? Demikian, Nabi Muhammad SAW pernah mengingatkan!





Share/Save/Bookmark



Dahulu kala,ada sebuah pohon epal besar.Seorang anak kecil suka datang dan bermain-main setiap hari.Dia selalu naik ke atas pohon epal tersebut,makan epal dan kadangkala tidur sejenak di bawah bayang-bayang pohon epal.Ia mencintai pohon epal itu dan pohon itu bahagia bermain dengannya.Waktu berlalu sedetik demi sedetik

Anak kecil itu sudah dewasa dan dia tidak lagi bermain di sekitar pohon epal itu.Suatu hari anak itu datang kembali ke pohon dan ia kelihatan sedih.
“Marilah bermain dengan saya,” pinta pohon epal itu.

Anak itu pun menjawab,"Saya bukan lagi seorang anak, saya tidak bermain di sekitar pohon lagi.Saya inginkan mainan tapi saya memerlukan wang untuk membelinya."

Maka,pohon epal itu berkata,"Maaf,saya tiada wang,tapi awak boleh mengambil buah epal saya dan menjualnya.Nanti awak pasti dapat wang."

Anak lelaki itu sangat gembira.Dia pun memetik semua buah epal di pohon epal tersebut dan pergi dengan gembira. Anak itu tidak pernah kembali setelah ia mengambil buah epal itu.Pohon itu sedih.
Suatu hari anak itu kembali dan pohon itu sangat gembira.
“Marilah bermain-main dengan saya” kata pohon epal.

Anak itu menjawab,"Saya tidak punya waktu untuk bermain.Saya harus bekerja untuk keluargaku,tapi kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal.Bolehkah awak membantu saya?"

Lalu pohon epal itu menjawab,“Maaf,saya tidak ada rumah,tapi awak boleh memotong cabang-cabang saya untuk membina rumah awak.”
Lalu, anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting dari pohon dan pergi dengan gembira. Pohon itu senang melihatnya bahagia, tapi anak itu tidak pernah kembali sejak saat itu.
Pohon itu kesepian dan sedih. Suatu hari di musim panas, anak itu kembali dan pohon itu begitu gembira.

“Marilah bermain-main dengan saya!” kata pohon epal itu.

Anak itu menjawab,“Saya sangat sedih dan sudah tua.Saya ingin pergi berlayar untuk bersantai dengan diriku sendiri.Bolehkah awak memberikan saya sebuah perahu?”

Lalu,pohon epal itu berkata,“Gunakan batang pohonku untuk membuat perahu.Nanti awak dapat berlayar jauh dan menjadi bahagia.” Lalu anak itu memotong batang pohon untuk membuat perahu. Dia pun pergi berlayar dan tak pernah muncul untuk waktu yang sangat panjang.
Akhirnya, anak itu kembali setelah ia pergi selama bertahun-tahun.

Pohon epal itu berkata kepada si anak,“Maaf,anakku.Saya sudah tidak punya apa-apa untuk awak lagi.Tidak ada lagi epal untuk awak."

"Saya sudah tidak ada gigi lagi untuk menggigit"jawab anak itu.

Pohon epal itu berkata lagi,"Saya juga sudah tidak ada lagi batang untuk awak untuk memanjat"
.
"Saya sudah terlalu tua untuk itu sekarang" kata anak itu.

"Saya benar-benar tak mampu untuk memberikan apa-apa lagi kepada awak.Satu-satunya yang tinggal hanyalah akarku" kata pohon epal dengan air mata.

"Saya tidak berhajat apa-apapun sekarang,kecuali saya hanya inginkan sebuah tempat untuk beristirehat.Saya lelah setelah sekian tahun bekerja di dunia ini." Anak itu menjawab.

"Bagus! Akar pohon tua saya ialah tempat terbaik untuk awak bersandar dan beristirehat di situ.Marilah duduk bersama saya dan istirehat"kata pohon epal itu.
Anak itu pun duduk bersandar pada akar pohon epal itu.Pohon itu sangat gembira dan tersenyum dengan air mata.



Tahukah anda siapa Pohon itu ?? 

Dialah Orang Tuamu......





Share/Save/Bookmark




ShoutMix chat widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Search

SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W

"Sampaikanlah daripada aku walaupun sepotong ayat"

UKHWAH FILLAH

ASMA' ALLAH